SEDIA MEMBANTU

SEDIA MEMBANTU
PN NIK 016-6666 259

Shopping Here

About Me

My Photo
KLANG, SELANGOR, Malaysia
Saya seorang guru, seorang isteri kepada suami tercinta, ibu kepada dua putera comel Muslim dan Mikhail..Saya seperti wanita lain, sayangkan keluarga dan menyerahkan jiwa raga pada keharminaian dan kebahagian keluarga. mempunyai sifat2 yang baik namun ada juga keburukan, mencari pendapatan tambahan dengan menyediakan khidmat menjual Lampin Kain Moden di atas sokongan kepada menghijaukan alam..hanya kecil modalnya..namun alhamdulillah Allah Maha Pemurah.

Segalanya untukmu

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

little of ours

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Follow me momies!!

Sunday, October 24, 2010

Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Bayi Anda Menghidapi Jaundis Susu Ibu

1. Jangan berhenti menyusukan bayi melainkan atas nasihat doktor pakar yang

pro-breastfeeding. Sesetengah doktor yang tidak pro-breastfeeding akan

menyarankan anda berhenti menyusukan walaupun sebenarnya tidak perlu.

2. Kerapkan menyusu bayi anda untuk merangsang pengeluaran air kencing

dan bahan kumuh.

3. Jangan tunggu untuk bawa bayi anda berjumpa doktor apabila anda

mengesyaki tanda-tanda jaundis.

4. Jangan berikan bayi anda ubat-ubatan yang tidak dipreskripsi oleh doktor.

5. Elakkan dari mencuba untuk mengubati sendiri samada menggunakan

kaedah sendiri atau tradisional sekiranya anda tidak yakin dengan cara dan

hasil pengubatan. Setiap masa yang anda lengahkan itu lebih memburukkan

keadaan bayi anda.

6. Ikutlah setiap nasihat dan arahan doktor yang lebih mahir dalam selok-belok

kesihatan bayi.

7. Jangan berasa sedih atau terkilan sekiranya bayi anda perlu menjalani

pelbagai ujian dan diambil darahnya. Ini semua untuk kebaikannya.

8. Teruskan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Jangan risau sekiranya bayi anda menghidap jaundis susu ibu. Sekiranya anda

berjaga-jaga dan membawanya berjumpa doktor yang pakar dalam bidang ini

seberapa segera, bayi anda akan sentiasa di bawah pengawasan. Dan bukan salah

anda sekiranya bayi anda mengalaminya. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk

anak anda!



Selamat menyusukan bayi!



sumber daripada http://sususihat.com

0 comments:

Jom Shopping CD

Jom Shopping CD
Berbaloi sangat
Related Posts with Thumbnails