masa yang diperuntukkan akan saya gunakan sepenuhnya.
apa yang saya dapat setelah seminggu menjadi seorang SAHM (stay at home mom)
kepuasan- rasa sangat puas dapat seharian berada dalam rumah sendiri dan walaupun sangat penat-saya tak tipu sangat penat!. bermula dengan bangun tidur, saya akan basuh baju, dan selepas suami ke temat kerja, jika anak2 belum bua mata, saya akan jemur baju, jika anak2 bangun dulu, mandikan mereka dan hakikatnya saya sendiri pun belum bangun lagi. kemudian uruskan hal2 rumh, sapu sampah dilaman, cuci lantai, sambil2 tu bagi anak2 sarapan. kemudian sambung kerja dalam rumah seperti sapu sampah (2 hari sekali) dan mop lantai (kalau sempat), pastu kemas la mana yang patut.
sambil2 tu online bila sempat. check oder customer, packing dan tunggu poslaju datang pick up.
untuk makan tengahari, kakak saya akan hantar makanan dari restoran. oh ya, jika kawan2 berkelapangan, datang la ke restoran kami iaitu restoran sederhana di belakang UNISEL seksyen 7 shah alam.
melayan karenah anak2 ni seronok tapi penuh dngan cabaran dan kesabaran yang menggunung. kadang2 mulut ni ada gak menyanyikan lagu2 nyaring marah kat diorang. ye la, kalo adam dah meraung2, abg2 dia x dengar kata, spah sana sini, oh tidak..
tapi muslim dah blh diharapkan, kalu mikhail tumpahkan air dilabtai, dia tau mana nak cari kain dan lap..kadang2 ada gak dia amik kain yang baru saya lipat, tapi xpe la...(ye ke?) blh basuh lagi kan sbb ibu dia cuti..
sedikit perkembangan muslim,

dah petah berkata2
pandai mengarah mikhail
blh makan sendiri dengan sedikt sepah
berkerjasama dengan mikhail (sepahkan rumah hehe.., bermain, kacau adik, suap mikhail)
kalau tau dia buat salah, automatik akan masuk bilik tetamu (kena denda 1 jam disitu)
blh kira one to ten, satu sampai sepuluh
ABC..masih lintang pukang..
paling best, dia blah nyanyi lagu ibu, kau ratu hatiku..
mikhail yang bakal 2 tahun bulan depan..
permata hatiku..
ibu pujuk ye abang
hero kecilku..














1 comments:
Nik, bestnyor..k.nik nok try jd SAHM/WAHM jgk walaupun semeta. Tp perlu persediaan kewangan kan?musti dah cukup duit utk settle htg2 blnn bila cuti tanpa gaji tu kan
Post a Comment